Jangan bimbang datang vaksin di IDCC esok -KJ

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA – Orang ramai tidak perlu khuatir untuk hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) IDCC esok bagi mendapatkan vaksinasi masing-masing memandangkan pelbagai langkah bersesuaian termasuk program sanitasi dan penggantian petugas di PPV sudah dilaksanakan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kesemua individu yang sepatutnya menerima janji temu untuk vaksinasi hari ini sudah diberikan tarikh janji temu baharu.

Pada masa sama katanya, pihaknya turut mengasingkan semua petugas IDCC sebelum ini dan menukar dengan pasukan petugas baharu sebagai langkah berjaga-jaga agar potensi untuk jangkitan dapat dikurangkan.

“Saya juga mengarahkan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) untuk melakukan pemantauan kualiti pengudaraan di PPV IDCC.

“CITF juga akan terus meningkatkan semua usaha untuk memastikan PPV IDCC adalah selamat bagi menerima kehadiran orang ramai untuk suntikan vaksin pada hari-hari seterusnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, beliau turut mengarahkan PPV lain untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan tanpa sebarang kompromi.

“Kami sedang mempertimbangkan langkah yang lebih tegas di semua PPV lain dan ini akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya.-KOSMO

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427