India optimis jadi hab kenderaan elektrik

Estimate Reading Time: < 1 minute

NEW DELHI: India sedang beralih menjadi hab kenderaan elektrik untuk kenderaan dua dan empat roda, menyaksikan negara ini terlibat dalam satu lagi ‘revolusi senyap’, menurut Perdana Menteri, Narendra Modi.

Bercakap pada majlis sambutan 40 tahun Suzuki di India, laporan agensi berita Xinhua yang memetik Modi sebagai berkata, pasaran kenderaan elektrik berkembang di negara itu pada kadar yang sangat pantas sejak beberapa tahun lalu.

Majlis itu menandakan pelancaran kilang pembuatan bateri kenderaan elektrik baharu di negeri Gujarat di barat India, dan penyediaan kemudahan pengeluaran baharu Suzuki di negeri Haryana di utara negara itu.

“Revolusi senyap ini bukan saja milik para jurutera, tetapi juga milik negara secara keseluruhannya,” kata Modi, sambil menambah bahawa asas revolusi itu sudah ditetapkan sejak lapan tahun lalu.

“Hari ini kita sedang berusaha menuju ke arah penawaran dan permintaan kenderaan elektrik di negara ini. Kerajaan menawarkan insentif kepada pembeli kenderaan elektrik supaya permintaan meningkat dengan pantas.

“Selain itu, rebat cukai pendapatan juga ditawarkan supaya pinjaman kenderaan menjadi lebih mudah,” kata Modi pada majlis itu.

Tambah beliau, hari ini warga India sudah mula menerima kenderaan elektrik sebagai mod pengangkutan utama dan negeri Gujarat sedang muncul sebagai hab pembuatan automotif terkemuka bukan saja di negara itu tetapi juga di dunia.– Utusan Malaysia

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427