India kenakan cukai ke atas permainan dalam talian

Estimate Reading Time: < 1 minute

NEW DELHI: Kerajaan India memutuskan untuk mengenakan cukai sebanyak 28 peratus ke atas permainan dalam talian, lumba kuda dan kasino, umum Menteri Kewangan India, Nirmala Sitharaman.

Sementara itu, Majlis Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mengecualikan cukai untuk ubat kanser dan perkhidmatan pelancaran satelit yang disediakan oleh organisasi swasta, kata menteri itu pada taklimat media selepas mempengerusikan mesyuarat ke-50 Majlis GST, lapor Xinhua.

Beliau berkata, ubat untuk penyakit yang jarang jumpa dan produk makanan bagi tujuan perubatan khas juga akan dikecualikan cukai.

Majlis GST ialah badan berperlembagaan yang bertanggungjawab membuat syor mengenai isu berkaitan pelaksanaan GST di negara itu.

– BERNAMA-XINHUA

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427