NEW DELHI: India mengenakan denda 2,131 juta rupee (AS$25.4 juta) terhadap syarikat induk Facebook, Meta, kerana amalan perniagaan tidak adil dan mengarahkan syarikat itu supaya tidak berkongsi data pengguna WhatsApp dengan platform lain dalam kumpulan teknologi Amerika Syarikat (AS) berkenaan.
Suruhanjaya Persaingan India mengarahkan Meta supaya WhatsApp tidak berkongsi data pengguna dengan syarikat atau produk lain dalam kumpulan teknologi AS itu untuk tujuan pengiklanan selama lima tahun.
Isu itu berkaitan dengan dasar privasi WhatsApp 2021, yang dilaksanakan dengan pendekatan ‘terima atau tinggalkan’, menurut kenyataan suruhanjaya pada Isnin.
Pengguna aplikasi pesanan itu diwajibkan menerima terma kemas kini untuk terus menggunakan perkhidmatan itu, yang dianggap sebagai penyalahgunaan kedudukan dominan Meta, kata suruhanjaya berkenaan.