SELANGOR, 31 Disember 2019 (The Capital Post) – Naib Presiden Majlis Belia Hindu Malaysia, Ananthan Subramaniam berkata Majlis Belia Hindu Malaysia mengambil perhatian serius terhadapan soalan kontroversi yang berlaku di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Beliau berkata pihak UniMAP tidak seharusnya menyentuh isu – isu sensitif yang melibatkan keagamaan dan bangsa kerana sedikit kesilapan daripada pihak yang tidak bertanggugjawab boleh mengakibatkan perpecahan kaum antara satu sama lain di Malaysia.
“Subjek (Kursus Hubungan Etnik) ini seharusnya memenuhi keperluan masyarakat dan menyokong aspirasi kerajaan bagi membentuk rakyat yang harmoni dan bersatu padu” tambah beliau melalui satu kenyataan media rasmi kepada pihak media. – The Capital Post