Hujan lebat, ribut petir diramal di kebanyakan negeri

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal di kebanyakan negeri sehingga jam 5 petang ini.

Selain seluruh Perak, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan hujan dan ribut petir turut diramal di Kedah membabitkan kawasan Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Kelantan, ramalan terbabit dikeluarkan bagi kawasan Gua Musang manakala Terengganu membabitkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Selain itu, cuaca sama diramal di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan Pekan dan Rompin.

“Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang turut diramal di Selangor, ibu negara dan Putrajaya,” katanya menurut hantaran itu.

METMalaysia turut memaklumkan ramalan cuaca sama diramal di Negeri Sembilan membabitkan kawasan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin serta Melaka iaitu kawasan Jasin.

Di Johor pula membabitkan Tangkak, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Ramalan sama turut dikeluarkan bagi Sarawak membabitkan Kuching (Kuching), Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Limbang.

Di Sabah, cuaca itu diramal bagi kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

“Amaran dikeluarkan apabila ada tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Justeru, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – The Star

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427