Hujan berterusan diramal di lima negeri

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa daerah di lima negeri sehingga esok.

METMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan berterusan diramal di Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) serta Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).

“Amaran sama ditamatkan di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera, Pahang.” Selain itu, penamatan amaran hujan berterusan tahap buruk juga akan dihentikan di Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).
“Di kawasan lain, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut), Sabah di pedalaman (Nabawan) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) sehingga jam 12 tengah hari ini,” kata kenyataan itu.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427