HRW dakwa Israel serang guna fosforus putih di Gaza, Lubnan

Estimate Reading Time: 2 minutes

BAITULMAQDIS: Pemerhati Hak Asasi Manusia, Human Rights Watch (HRW), menuduh Israel menggunakan peluru fosforus putih dalam operasi ketenteraannya di Gaza dan Lubnan yang boleh memberi risiko kesan kecederaan serius dan jangka panjang kepada orang awam.

Bagaimanapun, tentera Israel enggan mengulas lanjut dan mendakwa tidak mengetahui penggunaan senjata yang mengandungi fosforus putih di Gaza ketika ini.

HRW mengesahkan video yang diambil di Lubnan pada 10 Oktober dan Gaza pada 11 Oktober lalu yang didakwa menunjukkan pelbagai letupan udara fosforus putih yang ditembak dengan artileri ke atas pelabuhan Gaza City dan dua lokasi luar bandar di sepanjang sempadan Israel-Lubnan.

“Dua video yang disiarkan dalalam media sosial yang didakwa peluru meriam fosforus putih 155 milimeter digunakan kelihatan sebagai tabir asap, penandaan atau isyarat.

“Kedua-duanya situasi menunjukkan ia berhampiran sempadan Israel-Lubnan,” katanya.

Bagaimanapun, kumpulan itu tidak memberikan pautan kepada video yang menunjukkan dakwaan mereka itu.

Bagaimanapun saluran TV Palestin menyiarkan video beberapa hari kebelakangan ini yang menunjukkan kepulan asap putih yang tipis melitupi langit Gaza yang didakwa sebagai senjata berkenaan.

Sebelum ini pada 2013, tentera Israel menyatakan sudah menghapuskan peluru pelindung asap fosforus putih yang digunakan ketika serangan 2008-2009 di Gaza, yang mengundang dakwaan jenayah perang daripada pelbagai kumpulan hak asasi manusia.

Tentera pada masa itu tidak menyatakan sama ada ia akan mengkaji semula penggunaan fosforus putih sebagai senjata, yang direka untuk menghapuskan musuh.

Difahamkan fosforus putih boleh digunakan secara sah di medan perang untuk membuat asap, menjana pencahayaan, menanda sasaran atau menghapuskan kubu dan bangunan.

Memandangkan ia dibenarkan dalam undang-undang, fosforus putih tidak dilarang sebagai senjata kimia bawah konvensyen antarabangsa, tetapi ia boleh menyebabkan melecur yang serius dan mencetuskan kebakaran.

Fosforus putih dianggap sebagai senjata pembakar bawah Protokol III Konvensyen Mengenai Larangan Penggunaan Senjata Konvensional Tertentu.

Protokol itu melarang penggunaan senjata pembakar terhadap sasaran tentera yang terletak di kalangan orang awam, walaupun Israel belum menandatanganinya dan tidak terikat dengannya.

– REUTERS

– TheStar

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427