KUANTAN: Penyerang Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo teruja selepas jaringan hatriknya membantu skuad itu layak ke separuh akhir Piala Malaysia.
Pemain kelahiran Argentina itu berkata, kejayaan itu hasil kerjasama rakan sepasukan.
“Gembira dengan tiga gol yang membawa Sri Pahang ke separuh akhir Piala Malaysia. Saya amat berbangga dengan rakan sepasukan yang berjuang bermati-matian.
“Oleh itu saya harap kejayaan ini dapat diteruskan hingga ke final,” kata pemain berusia 25 tahun itu.