Harimau tular bukan di projek lebuh raya Machang – PERHILITAN

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA BHARU: PERHILITAN Kelantan menjelaskan kelibat seekor harimau yang tular di media sosial sejak semalam bukannya di kawasan pembinaan projek lebuh raya di Pulai Chondong, Machang.

Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani sebaliknya berkata siasatan dijalankan selepas menerima perkongsian itu mendapati ia adalah video lama yang kembali ditularkan.

“Video haiwan liar yang tular di laman sosial itu sebenarnya adalah video lama yang berlaku di Gua Musang.

“Justeru, saya mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan maklumat tidak sahih berhubung dakwaan kemunculan haiwan liar berkenaan kerana situasi ini boleh menimbulkan rasa panik dalam kalangan penduduk di kawasan terbabit,” katanya.
Terdahulu tular video berdurasi 21 saat memaparkan seekor harimau dilihat berkeliaran dan memanjat kawasan yang berbukit dan rata-mengatakan lokasi berkenaan adalah di Pulau Chondong, Machang.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427