‘Harimau Malaya perlu kerja lebih masa’

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Skuad negara menutup jendela antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada bulan November dengan keputusan 1-1 menentang pasukan di ranking ke-125 dunia, India pada aksi di Stadium Gachibowli, Hyderabad, malam tadi.

Skuad Harimau Malaya mendahului pada minit ke-19 menerusi pemain naturalisasi negara, Paulo Josue yang bijak memanfaatkan kesilapan penjaga gol India, Gurpreet Singh Sandhu.

Bagaimanapun, tuan rumah berjaya mengikat kedudukan menerusi tandukan Rahul Bheke bermula daripada sepakan sudut Brandon Fernandes pada minit ke-39.

BH Sukan mendapatkan pandangan pemerhati bola sepak tempatan yang juga bekas Pengarah Teknikal PDRM FC, Mohd Fauzi Pilus untuk mengulas mengenai aksi terbabit.

1. KETENANGAN BENTENG PERTAHANAN

Dari segi pertahanan, saya nampak pertahanan kita lebih tenang dengan kehadiran Dion Cools dan Dominic Tan serta pengalaman dimiliki mereka di pentas antarabangsa.

Pertahanan juga berjaya menyerapm tekanan dengan baik dan pemain muda, Azam Azmi Murad juga beraksi dengan baik.

2. PENGUASAAN BOLA

Malaysia dilihat lebih banyak menguasai bola, mungkin sekitar 55 peratus tetapi ada beberapa detik di mana walaupun memegang bola, ia lebih banyak berlegar-legar dengan hantaran dan tiada ‘penetration’.

Tidak banyak hantaran yang baik dan kita kurang kemas daripada melakukan transisi daripada tengah ke bahagian menyerang.

Bahagian tengah perlu lebih kreatif dan mencipta lebih banyak kombinasi bagi memastikan transisi ini lebih lancar.

Kita tidak mahu bola dibuang begitu sahaja dan kita perlu lebih sabar dalam merencana gerakan serangan.

3. FORMASI

Tiada masalah dengan formasi dan gandingan yang diturunkan kerana apa yang penting adalah pemahaman pemain terhadap corak permainan.

Memang nampak sedikit perbezaan di bawah kendalian Pau Marti Vicente cuma kita perlu lebih proaktif untuk bersaing di kejohanan lebih tinggi.

4. PEMAIN

Ada beberapa pemain yang dilihat perlu kekal dalam skuad untuk ke Piala AFF kerana mereka dilihat memberikan aksi yang terbaik dalam ‘eksperimen’ ini.

Mungkin Vicente boleh mempertimbangkan untuk membawa pemain muda pada Piala AFF jika bersesuaian dengan strategi dan pendekatan yang ingin digunakan.

Barisan kejurulatihan perlu lebih percaya kerana kita tidak boleh terlalu bergantung pada pemain sama.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427