Hampir 70% kluster di Selangor tiada kaitan Sabah, kata Hisham

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 69.2% kes Covid-19 di Selangor baru-baru ini tiada kaitan dengan individu pulang dari Sabah.

Katanya, terdapat 18 kluster aktif di Selangor dan hanya 8 kluster ada kaitan dengan mereka yang pulang dari Sabah baru-baru ini.

Beliau berkata, 9 lagi kluster ada kaitan rapat dengan jangkitan di tempat kerja dan baki satu kluster membabitkan pusat beli-belah.

“Virus Covid-19 sudah ada di persekitaran komuniti kita. Enam kluster terbaru sejak 11 Okt adalah jangkitan tempatan,” tulisnya di Facebook hari ini.

Semalam, Putrajaya mengarahkan sejuta pekerja sektor awam dan swasta di Selangor, Sabah, Kuala Lumpur dan Putrajaya bekerja dari rumah mulai esok sehingga perintah kawalan pergerakan bersyarat tamat, susulan peningkatan kes Covid-19.

Kementerian Kesihatan melaporkan 862 kes baru Covid-19 dan 3 kematian, dengan 132 kes direkodkan di Selangor semalam. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427