GKP Tambahan: Kemas kini akaun jika Gagal Kredit

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang masih belum menerima bayaran GKP Tambahan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) disaran membuat semakan status pembayaran.

Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan memaklumkan, semakan boleh dibuat melalui Portal GKP di pautan https://gkp.hasil.gov.my.

Bagi penerima GKP yang berstatus Gagal Kredit, mereka dikehendaki mengemas kini maklumat akaun bank mereka dengan segera bagi membolehkan urusan pembayaran semula dilakukan.

Menurut kenyataan itu urusan mengemas kini maklumat akaun bank boleh dibuat mulai hari ini hingga 19 Mei ini.

Penerima GKP hendaklah memastikan akaun bank yang dikemas kini adalah akaun aktif dengan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi atau nombor akaun semasa peribadi.

Kenyataan itu menjelaskan penerima digalakkan membuka akaun bank baharu (Akaun Bank Simpanan peribadi penerima GKP) dan mengemas kini di portal GKP menggunakan nombor akaun baharu berkenaan bagi mengelakkan masalah gagal kredit berulang.

Tarikh pembayaran semula GKP Tambahan PERMAI ke akaun bank yang dikemas kini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara itu boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau HASiL Live Chat selain Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/;. -BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427