Gelombang pertama COVID-19 di Thailand berakhir

Estimate Reading Time: < 1 minute

HANOI: Gelombang pertama wabak COVID-19 di Thailand sudah berakhir selepas negara tidak melaporkan kes tempatan baharu selama 44 hari berturut-turut, kata pakar bahagian Perubatan Pencegahan Kementerian Kesihatan Awam, Jabatan Pengawalan Penyakit Dr Anupong Sujariyakul pada Rabu.

Namun, beliau tetap mengingatkan rakyat Thailand sentiasa bersiap sedia menghadapi gelombang jangkitan kedua, memandangkan penularan wabak itu masih berlaku di banyak negara di dunia, yang menyaksikan ada beberapa negara sudah mengalami gelombang kedua, lapor  Agensi Berita Vietnam (VNA).

Orang ramai perlu sentiasa berwaspada pada setiap masa, memakai pelitup muka, mematuhi penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan.

Thailand pada Rabu melaporkan tiga kes import baharu COVID-19 membabitkan rakyat yang pulang dari luar negara.

Tiada kes kematian baharu dilaporkan.

Setakat ini, Thailand mencatatkan 3,197 kes COVID-19, dengan 3,074 kes sembuh dan 58 kematian. Sementara itu, 65 yang lain masih dirawat di hospital.

– BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427