MIAMI: Ketua Kewangan Florida berkata kepada Majlis Olimpik Antarabangsa hari ini bahawa negeri berkenaan boleh menganjurkan Temasya Olimpik di sebalik spekulasi bahawa tuan rumah, Jepun mungkin akan menarik diri.
Jimmy Patronis menghantar surat kepada ketua IOC, Thomas Bach “untuk memikirkan menukar Olimpik 2021 dari Tokyo, Jepun ke Amerika Syarikat dan lebih spesifik ke Florida.”
“Dengan media melaporkan pemimpin di Jepun ‘secara rahsia’ merumuskan mereka terlalu bimbang mengenai pandemik itu jika Olimpik 2021 diteruskan, masih ada masa untuk menghantar pasukan pemilihan ke Florida,” katanya.
Surat berkenaan yang ditandatangani Patronis dan dipaparkan secara dalam talian, berkata kekuatan kawalan vaksin negeri berkenaan, pembukaan semula ekonomi dan acara sukan yang dianjurkan ketika pandemik, selain ia memiliki taman tema, termasuk Disney World yang juga sudah dibuka.
Namun Florida berdepan saat sukar membendung pandemik COVID-19 dengan 25,000 kematian dilaporkan setakat ini selain kamatian di AS mencecah 420,000.
“Apa sahaja langkah pencegahan diperlukan, mari kita selesaikan dan pastikan ia dibuat,” kata Patronis.
– AFP