Empat lelaki didakwa edar dadah 59.5kg

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU: Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan berat kasar 59.5 kilogram (kg) minggu lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada semua empat tertuduh iaitu Chu Chien Yaeh, 36; Lo Shaw Jie, 26; S Jiveen, 39; dan Pui Wei Hao, 31.

Berdasarkan pertuduhan, mereka secara bersama didapati mengedar dadah berkenaan di Pangsapuri Residensi Puncak, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, di sini, kira-kira jam 12.30 pagi pada 12 Ogos lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika hukuman diberikan mahkamah adalah penjara seumur hidup, tertuduh hendaklah juga disebat tidak kurang 15 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 20 November depan sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu hasil laporan kimia.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427