Ekonomi negara bertambah baik pada 2021 sejajar pemulihan ekonomi dunia – PM Muhyiddin

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Kerajaan menjangkakan kedudukan ekonomi Malaysia akan bertambah baik pada tahun ini, sejajar dengan pemulihan aktiviti ekonomi dan perdagangan dunia, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik laporan World Economic Outlook, beliau berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia pada tahun 2021 diunjur kembali pulih pada kadar 5.5 peratus manakala perdagangan dunia turut diunjur kembali berkembang pada kadar 8.1 peratus.

“Badan-badan antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia pada bulan Januari 2021 mengunjurkan ekonomi negara kita akan berkembang pada kadar 7.0 peratus dan 6.7 peratus,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin, hari ini.

— BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427