Duduk di rumah, patuh SOP – Dr Noor Hisham

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Duduk di rumah dan patuhi prosedur operasi standard (SOP).

Itu penegasan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam mengingatkan rakyat Malaysia untuk sama-sama berjuang memerangi COVID-19.

“Perjuangan memerangi COVID-19 ini perjuangan kita semua, bukan hanya petugas KKM (Kementerian Kesihatan) dan barisan hadapan yang lain.

“Kesedaran dan tanggungjawab sosial boleh dimulakan dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kendiri dengan duduk di rumah dan patuh kepada segala SOP.

“InshaAllah kita boleh putuskan rantaian jangkitan Covid-19. #kitajagakita,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Menerusi status berasingan dengan merujuk klip video di Pusat Penilaian COVID-19 di Stadium Malawati, Dr Noor Hisham sekali lagi menegaskan keperluan orang ramai untuk kekal berada di rumah.

“Semoga dipermudahkan segala urusan petugas kesihatan barisan hadapan. Bantulah kami dengan duduk di rumah,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 26 kes kematian di tujuh negeri akibat COVID-19 dicatatkan setakat tengah hari semalam, sekali gus menjadikan angka kematian harian tertinggi akibat wabak itu yang direkodkan di negara ini.

Sehingga tengah hari semalam juga, sebanyak 3,733 kes positif baharu COVID-19 direkodkan di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu setakat ini, 440,677.

Daripada jumlah itu Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,278 diikuti Sarawak dengan 454 kes dan Johor (365) dan Kuala Lumpur (338).-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427