LONDON- Pesuruhjaya Polis Metropolitan Cressida Dick pada Jumaat mengesahkan dua orang yang cedera dalam serangan di London Bridge, meninggal dunia dan tiga lagi masih dirawat di hospital.
Polis sebelum ini menyatakan suspek mati di tempat kejadian dan peranti yang dipakai oleh suspek adalah bom palsu.
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, berkata siasatan masih diteruskan.
“Polis Metropolitan masih meneruskan siasatan mereka dan saya dapat memastikan kepada semua bahawa sesiapa saja yang terbabit dalam serangan ini akan diburu dan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.
Polis sebelum ini mengisytiharkan ia adalah insiden pengganas, lapor agensi berita Xinhua.- BERNAMA