Dr M sedia lepaskan jawatan jika 3 presiden parti PH setuju

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya melepaskan jawatan jika presiden parti dalam Pakatan Harapan (PH) memintanya berbuat demikian.

“Saya rasa ini akan diputuskan oleh 4 pemimpin dalam gabungan, sama ada mereka mahu saya pergi atau tidak.

“Seperti yang saya beritahu sebelum ini, jika mereka mahu saya pergi, sekarang juga saya boleh pergi,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Mahathir berkata demikian menjawab desakan ahli Parlimen PKR yang menuntut satu tarikh jelas untuk peralihan kuasanya kepada Anwar Ibrahim, dengan mencadangkan peralihan dilakukan pada Mei 2020.

Ahli Parlimen Subang Wong Chen memberikan sebab mengapa ia perlu segera dilaksanakan. Menurutnya dari segi ekonomi, kesamaran tarikh peralihan kuasa yang jelas menyebabkan pelabur menangguhkan pelaburan mereka. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427