DBKL pasang kamera badan pada penguat kuasa

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menambah dan memperluas penggunaan kamera badan, bagi meningkatkan integriti dan mengekang salah laku anggotanya ketika berurusan dengan orang ramai.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata lima kamera badan sudah diguna pakai ketika ini sebagai perintis dan penggunaannya akan diperluaskan pada masa akan datang.

“Kita dah gunakan lima, dan akan menambah kepada 100 kamera badan pada akhir tahun ini, sebelum memperluaskan lagi penggunaan alat ini pada tahun depan,” katanya pada sidang media sempena sambutan Hari Penguatkuasa ke-51 di sini hari ini.

Nor Hisham berkata, penggunaan kamera badan juga diharap dapat meningkatkan kecekapan tugasan dan membantu menangkis salah anggap, kepada anggota penguat kuasa.

Sementara itu, Nor Hisham berkata, DBKL juga telah mengenal pasti 50 kawasan panas banjir kilat di ibu negara dan mengambil inisiatif untuk meletakkan penanda aras air di kawasan berkenaan, dalam masa terdekat.

“Kebanyakan adalah kawasan yang rendah, antaranya Kampung Periuk di Jalan Raja Alang dan Lebuh Ampang,” katanya.

Beliau berkata, penanda tersebut diletakkan sebagai makluman dan peringatan awal kepada orang ramai dan penduduk sekitar kawasan terbabit, untuk membuat persediaan.

– BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427