Dakwaan langgar hak asasi manusia, Norges Bank tamatkan pemantauan terhadap Supermax

Estimate Reading Time: < 1 minute

BENGALURU: Dana kekayaan negara Norway menamatkan pemerhatian ke atas Supermax Corporation Bhd (Supermax), dua tahun selepas meletakkan syarikat pengeluar sarung tangan perubatan dari Malaysia di bawah pengawasan atas dakwaan syarikat itu menyumbang kepada pelanggaran hak asasi manusia.

Keputusan Norges Bank dibuat lebih setahun selepas Amerika Syarikat (AS) menarik balik larangan ke atas Supermax, membenarkan syarikat itu untuk meneruskan jualan.

Import produk Supermax telah dihalang daripada masuk ke AS pada Oktober 2021 atas dakwaan amalan buruh paksa.

“Menurut Majlis Etika, Supermax sepanjang tempoh pemerhatian melaporkan bahawa ia telah melaksanakan beberapa langkah untuk memperbaiki keadaan,” kata Norges Bank Investment Management dalam satu kenyataan semalam.

“Risiko bahawa syarikat berkenaan menyumbang kepada pelanggaran hak asasi manusia kini tidak lagi dianggap tidak dapat diterima.”

Dana kekayaan yang bernilai trilion dolar itu juga telah menamatkan pemerhatian ke atas Southern Co dan BHP, tanpa memberikan sebarang sebab, selain membatalkan pengecualian terhadap enam syarikat, menurut kenyataan dana itu.

BHP diletakkan di bawah pemerhatian oleh dana berkenaan pada 2020 kerana penggunaan dan pengeluaran arang batu.

Supermax, Southern Co, dan BHP tidak memberi maklum balas langsung kepada Reuters.

Sebagai sebahagian daripada tatakerja Bank Norges kepada kriteria produk berasaskan arang batu, dana berkenaan telah memantau aktiviti syarikat yang memasuki pasaran.

Dana kekayaan negara itu juga membatalkan pengecualian ke atas TXNM Energy, Public Power Corp, TransAlta, Jastrzebska Spolka Weglowa, Eneva SA dan Capital Power.

Syarikat-syarikat berkenaan juga tidak memberi kenyataan segera kepada Reuters.

– Reuters
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427