COVID-19: KSM, PERKESO bantu jayakan program ujian saringan pekerja

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membekalkan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen kepada majikan bagi melaksanakan Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan buat pekerja mereka.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata pihak majikan akan bertanggungjawab untuk menyelaras pelaksanaan ujian saringan COVID-19 itu secara profesional bersama klinik, hospital atau doktor terlatih pilihan mereka.

Menurutnya, pendekatan pelaksanaan program berkenaan adalah majikan akan dibantu bagi menjalankan ujian ke atas pekerja mereka secara profesional, manakala pihak kerajaan dan KSM akan memantau perjalanan ujian itu melalui pelaporan yang perlu dibuat dengan rapi.

“Pendekatan ini diharapkan dapat mengurangkan beban majikan yang hanya perlu menanggung kos klinikal bagi menjalankan ujian yang dikenakan oleh klinik atau hospital sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan diwujudkan susulan pembukaan semula sektor ekonomi dalam Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berkuat kuasa 16 Ogos lalu,” katanya.

“Program ini bertujuan menyokong usaha kerajaan bagi memastikan penularan pandemik COVID-19 dapat dikekang apabila sektor pekerjaan kembali beroperasi selain mengaktif dan merancakkan semula aktiviti ekonomi negara,” katanya.

Maklumat lanjut serta garis panduan program boleh didapati di laman sesawang www.perkeso.gov.my serta Portal Program Saringan Prihatin (PSP) psp.perkeso.gov.my, talian Careline PERKESO 1300-22-8000, Hotline Program Saringan Kesihatan (HSP), PSP di 03-4264 5089 atau e-mel hsp@perkeso.gov.my.

Saravanan berkata PERKESO, selaku agensi yang bertanggungjawab memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja, telah membuat bayaran pampasan kira-kira RM11.7 juta kepada pekerja yang terkesan akibat jangkitan pandemik COVID-19 dengan jangkaan liabiliti keseluruhan melebihi RM131 juta. – BERNAMA -BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427