COVID-19: Kes baharu kembali lebih 13,000

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Jumlah kes harian COVID-19 kembali melebihi 13,000 kes apabila sebanyak 13,034 kes dilaporkan hari ini.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kes kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 964,918 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua negeri mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini dan Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar dengan sebanyak 6,049 kes baharu dilaporkan.

Katanya, ia kemudian diikuti Kuala Lumpur dengan 1,611 kes; Johor (791); Negeri Sembilan (711); Kedah (701); Sarawak (644); Sabah (497); Terengganu (391); Pulau Pinang (371); Melaka (353); Perak (284); Pahang (261) dan Kelantan (240).

“Selain itu Putrajaya dengan 100 kes baharu, Labuan (24) dan Perlis (6),” katanya dalam Facebook hari ini. – BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427