COVID-19: Empat kes baharu dilaporkan, sifar kematian

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Terdapat empat kes baharu dilaporkan termasuk tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara serta satu kes penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan kes itu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,600 kes dengan kebolehjangkitan dan kes aktif 208 kes.

Katanya, kesemua kes baharu itu membabitkan rakyat di negara ini dan kes penularan tempatan itu dikesan ketika saringan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk ( SARI) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.

“Tiada penularan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara dikesan pada hari ini. Sehingga kini, sebanyak dua kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini, tiada pertambahan kes kematian disebabkan COVID-19 dan jumlahnya kekal 121 kes bersamaan 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut melaporkan terdapat 40 kes pulih yang dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 8,271 kes atau 96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464