COVID-19: 4,611 kes baharu hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini merekodkan sebanyak 4,611 kes positif COVID-19 harian, setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia sekali gus menjadikan kes kumulatif negara mencecah 701,019 kes sejak pandemik COVID-19 melanda negara pada Januari tahun lalu.

Beliau berkata, Selangor mencatatkan sebanyak 1,346 kes positif baharu, diikuti Sarawak dengan 682 kes; Perak (453) dan Negeri Sembilan (437) manakala Perlis tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427