COVID-19: 3,744 kes baharu

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes COVID-19 di negara ini terus menunjukkan peningkatan apabila 3,744 kes baharu direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 424,376 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, Selangor mencatatkan peningkatan lebih sekali ganda iaitu sebanyak 1,548 kes berbanding semalam, 675 kes.

“Ia diikuti Kelantan (480) dan Sarawak (419). Semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dan Perlis menjadi negeri terendah mencatatkan pertambahan kes baharu iaitu satu kes,” katanya menerusi Twitter hari ini.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427