Copa America dapat lampu hijau

Estimate Reading Time: < 1 minute

BRASILIA: Mahkamah Tinggi Brazil memutuskan negara itu boleh menganjurkan Copa America walaupun pandemik COVID-19 masih menular.

Dengan undian masih berjalan, majoriti hakim berpihak kepada penganjuran kejohanan itu yang akan berlangsung tiga hari lagi.

“Menjadi tanggungjawab gabenor dan datuk bandar setiap negeri untuk menetapkan protokol kesihatan bagi memastikan ‘Copavirus’ dapat dielakkan,” kata hakim Carmen Lucia.

Selepas tertangguh 12 bulan akibat pandemik, Copa America hampir menemui jalan buntu apabila tuan rumah bersama Colombia dan Argentina berdepan masalah pada saat akhir – Colombia kerana bantahan anti-kerajaan dan Argentina pula kerana lonjakan kes COVID-19.

Brazil menawarkan diri sebagai tuan rumah di saat akhir dan keputusan itu mencetus kontroversi memandangkan negara itu juga berdepan masalah COVID-19 yang kini sudah meragut nyawa 480,000 rakyatnya.

Doktor-doktor pakar memberi amaran Brazil bakal berdepan lonjakan kes baharu dan penganjuran acara sukan antarabangsa akan memburukkan lagi keadaan.

“Sukar untuk menggambarkan usaha gila cuba menganjurkan acara sebesar ini di sini sekarang,” kata pakar penyakit berjangkit Jose David Urbaez.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427