KUALA LUMPUR: China sedang membangunkan teknologi 6G ketika negara lain masih tidak bersedia sepenuhnya menerima teknologi 5G.
Memetik laporan daripada Quartz, Kementerian Sains dan Teknologi China ketika ini telah membentuk dua pasukan bagi melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) 6G.
Ini menandakan permulaan rasmi usaha yang disokong kerajaan China untuk mempercepatkan pembangunan teknologi itu.
“Satu pasukan terdiri daripada jabatan kerajaan yang akan bertanggungjawab meneruskan pelaksanaan teknologi 6G, terdiri daripada 37 pakar universiti, institusi sains dan syarikat, yang akan memberikan nasihat teknikal untuk keputusan utama kerajaan mengenai 6G.
“Telekomunikasi China melancarkan rancangan 5G komersial mereka pada bulan ini, dengan pilihan termurah berharga kurang dari AS$20,” katanya kementerian itu dipetik sebagai berkata.
Menurut kementerian berkenaan, China juga merancang untuk mengaktifkan lebih 130,000 stesen pangkalan 5G menjelang akhir tahun dan membina salah satu rangkaian 5G terbesar di dunia di mana pencapaian yang diutamakan oleh kerajaan.
Korea Selatan melancarkan perkhidmatan itu pada April, berada di barisan hadapan dalam membangunkan 5G manakala Amerika Syarikat (AS) pula sedang mengikuti rapat perkembangan itu.
“Pengguna mungkin melihat kelajuan yang lebih pantas pada fasa awal, tetapi ia akan mengambil masa sedekad untuk melihat perubahan yang lebih dramatik,” katanya.
Naib Menteri Kementerian Sains, Wang Xi, berkata China tekad untuk meletakkan asas untuk membangunkan 6G.
“Teknologi itu harus dianggap sebagai keutamaan kepada pembangunan negara ini.
“Kementerian akan mula merangka pelan hala tuju untuk membangunkan 6G, serta meneroka kemungkinan aplikasi teknologi itu,” katanya.
Beliau berkata, dengan mengumumkan pembangunan teknologi 6G secara rasmi, China akan menyebabkan lebih banyak kebimbangan dalam komuniti keselamatan negara AS terhadap keupayaan teknologi China.
“Walaupun kementerian tidak menamakan mana-mana syarikat yang terbabit dengan pembangunan 6G, namun ia akan menjadi tekanan kepada syarikat yang tersenarai,” katanya.
– BH