Chelsea akhiri jelajah AS tanpa kalah

Estimate Reading Time: < 1 minute

CHICAGO, Amerika Syarikat: Bintang akademi Mason Burstow memastikan Chelsea menamatkan jelajah pramusim mereka tanpa kalah dengan gol pertamanya bersama skuad senior ketika seri 1-1 dengan Borussia Dortmund.

Chelsea lebih menguasai perlawanan di Soldier Field, Chicago pagi tadi, tetapi kelab Bundesliga itu mendahului dengan berbaki 10 minit, menerusi sepakan voli mengagumkan pemain gantian Marius Wolf.

Pasukan berwajah baharu The Blues kendalian Mauricio Pochettino bagaimanapun tidak mahu mengaku kalah dan memenangi sepakan percuma yang diambil Mykhailo Mudryk sebelum Burstow melonjak tinggi untuk menanduk masuk.

Namun Chelsea berdepan kebimbangan apabila pemain baharu Christopher Nkunku terpaksa dikeluarkan awal babak pertama kerana kecederaan lutut kiri.

The Blues lebih menyerlah pada separuh masa pertama dengan penguasaan bola dan mereka hampir memecah kebuntuan menerusi Levi Colwill dan Nicholas Jackson.

Kecederaan menyebabkan Nkunku dikeluarkan pada minit ke-22 dan menjejaskan sedikit rentak Chelsea dengan anak buah Edin Terzic cuba untuk menghukum mereka.

Sebelum Wolf menyumbat masuk, Jackson yang bertindak cemerlang sepanjang pramusim, hampir meletakkan pasukannya di depan dengan dua peluang baik termasuk satu serangan balas pantas dari kawasan Chelsea.

Namun penggantinya, Burstow yang berusia 19 tahun memastikan Chelsea kembali ke London tanpa kekalahan dengan hanya berbaki sembilan hari sebelum sepak mula musim baharu.

– AGENSI

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427