Cagamas umumkan agregat terbitan bernilai RM400 juta

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Cagamas Bhd mengumumkan agregat terbitan RM400 juta yang terdiri daripada Kertas Komersial Konvensional (CCP) tiga bulan bernilai RM150 juta dan RM250 juta CCP tiga bulan dengan hasil daripada terbitan akan digunakan untuk membiayai pinjaman pembelian rumah daripada sistem kewangan.

“Kenaikan hasil Perbendaharaan AS baru-baru ini di tengah-tengah jangkaan inflasi AS yang kian ketara serta pemulihan ekonomi yang meluas di seluruh rantau ini telah mendorong hasil bon global dan domestik yang lebih tinggi,” kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Datuk Chung Chee Leong dalam satu kenyataan hari ini.

Namun begitu, sokongan berterusan daripada para pelabur terhadap pelaksanaan pengumpulan dana syarikat menyumbang kepada kejayaan penetapan harga bagi kertas jangka pendek, katanya.

“Kedua-dua CCP itu ditetapkan pada asas Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur tiga bulan (KLIBOR) ditambah 6.0 mata asas (bps) atau bersamaan dengan 2.0 peratus berdasarkan penetapan KLIBOR pada tarikh harga. Perbezaannya adalah 21 mata asas melebihi Bil Perbendaharaan Malaysia,” jelas beliau.

Terbitan baharu ini menyaksikan agregat terbitan syarikat untuk tahun ini berjumlah RM3.1 bilion.

Kertas berkenaan, yang akan ditebus pada nilai nominal penuhnya selepas tempoh matang, adalah obligasi tidak bercagar syarikat, berada di kedudukan setara (pari passu) dalam kalangannya dan semua obligasi tidak bercagar sedia ada di bawah syarikat.

Ia akan disenarai dan didagangkan di bawah Sistem Perdagangan Sekuriti Tanpa Skrip. – Bernama

— BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427