Bursa Malaysia rendah walaupun kebanyakan pasaran Wall Street positif

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit dalam dagangan awal hari ini walaupun kebanyakan pasaran Wall Street semalaman mencatatkan prestasi positif selepas penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) memutuskan untuk menurunkan kadar faedah AS sebanyak 25 mata asas dalam mesyuaratnya semalam.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.46 mata kepada 1,622.82 daripada 1,623.28 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 4.34 mata kepada 1,627.62.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 159 berbanding 114 manakala 253 kaunter tidak berubah, 1,880 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 129.39 juta saham bernilai RM61.75 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup kebanyakannya tinggi selepas pengumuman penurunan kadar faedah, meneruskan kenaikan yang didorong oleh kembalinya Donald Trump sebagai Presiden AS.

“S&P 500 dan Nasdaq, masing-masing meningkat 0.74 peratus dan 1.51 peratus. Sementara itu, Dow Jones Industrial Average ditutup hampir tidak berubah.

“Pada masa yang sama, Pengerusi Fed, Jerome Powell menyatakan keyakinan untuk mengekalkan kestabilan ekonomi,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, Pak Leng berkata kenaikan terkini dalam FBM KLCI menunjukkan minat belian yang kukuh, melambangkan peluang peningkatan semula yang baik dalam jangka masa pendek.

“Oleh itu, kami menjangka indeks utama akan berada dalam julat 1,620 hingga 1,640 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional naik 8.0 sen kepada RM14.44, CIMB Group meningkat 2.0 sen kepada RM8.20 manakala Maybank merosot 2.0 sen kepada RM10.56, Public Bank berkurangan 3.0 sen kepada RM4.47 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.25.

Dalam kalangan saham aktif, 3Ren naik 1.5 sen kepada 47.5 sen, Microlink Solutions naik 2.0 sen kepada 16 sen dan Steel Hawk menambah setengah sen kepada 37.5 sen.

Sementara itu, DXN Holdings merosot 2.5 sen kepada 49 sen dan AHB Holdings tidak berubah pada 4.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah naik 11.76 mata kepada 12,266.06, Indeks FBM Emas merosot 0.52 mata kepada 12,299.01, Indeks FBMT 100 jatuh 10.26 mata kepada 11,988.70, Indeks FBM 70 berkurangan 40.76 mata kepada 17,937.54 dan Indeks FBM ACE susut 18.41 mata kepada 5,146.44.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.61 mata kepada 173.90, Indeks Tenaga meningkat 3.01 mata kepada 830.99, Indeks Perladangan menambah 11.30 mata kepada 7,591.23 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 30.75 mata kepada 19,276.24.

-BERNAMA
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427