Bursa Malaysia jatuh diasak sentimen berhati-hati berterusan

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menyaksikan dagangan mendatar pada sesi awal urus niaga Rabu, diasak sentimen berhati-hati yang berlanjutan menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November ini.

Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.71 kepada 1,612.37 daripada 1,615.08 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka susut 0.18 mata kepada 1,614.90.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 159 berbanding 134 manakala 231 kaunter lain tidak berubah, 1,968 tidak didagangkan dan 123 digantung dagangannya.

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427