Bodoh fikirkan kejuaraan F1 – Norris

Estimate Reading Time: 2 minutes

ZANDVOORT, Belanda: Lando Norris berkata adalah bodoh untuk bercakap mengenai memenangi kejuaraan Formula Satu (F1) dunia selepas kemenangannya pada Grand Prix Belanda semalam namun peluang pemandu McLaren itu jelas heboh diperkatakan oleh orang lain.

Kemenangan kedua pelumba Britain berusia 24 tahun itu dalam kariernya dan kedua musim ini, amat memukau di halaman Max Verstappen dengan lebih 100,000 kebanyakannya penyokong dengan jersi oren menyorak terhadap pendahulu kejuaraan dari Red Bull itu.

Norris melintasi garisan penamat jauh 22.896 saat di depan Verstappen, jurang masa terbesar setakat ini musim ini, namun ia masih jauh di belakang juara dunia tiga kali itu dengan berbaki sembilan perlumbaan.

“Saya bekerja keras sepanjang tahun dan saya masih 70 mata di belakang Max. Jadi ia agak bodoh untuk memikirkan apa sahaja ketika ini,” katanya apabila ditanya mengenai kejuaraan itu.

“Saya hanya berdepan satu perlumbaan demi satu perlumbaan dan hanya melakukan apa yang saya buat sekarang kerana tiada gunanya untuk memikir ke depan dan memikirkan yang lain.”

Tiada pemandu F1 berjaya mengatasi jurang mata sebanyak itu namun penasihat permotoran Red Bull, Helmut Marko tetap bimbang.

“Seperti yang Max katakan ketika rehat musim panas, pasukan perlu bekerja lebih keras dan mencari titik peningkatan kerana seperti itu kejuaraannya dalam bahaya,” kata warga Austria itu kepada laman sesawang www.autosport.com.

Norris perlukan Verstappen mencicirkan lebih banyak mata dalam beberapa bulan akan datang namun pemandu dari Belanda itu tidak pernah melakukan sebegitu sebelum ini.

Rakan sepasukan McLaren, Oscar Piastri juga perlu merampas mata daripada Verstappen untuk menghidupkan peluang Norris, namun pemandu dari Austria itu berakhir di tangga keempat malam tadi.

Ia akan membantu jika Mercedes, pemenang tiga perlumbaan musim ini dan Ferrari yang menang dua kali, menekan Red Bull hingga ke hujung musim.

McLaren hanya ketinggalan 30 mata di belakang Red Bull dalam perebutan kejuaraan berpasukan dan kelihatan mampu memenangi kejuaraan pengeluar pertama mereka sejak tahun 1998.

Perlumbaan semalam juga membolehkan Norris mengakhiri satu badi, ia kali pertama dia memenangi perlumbaan Grand Prix dari petak utama selepas kesilapan pada masa lalu oleh kedua-dua pemandu dan pasukan.
-REUTERS
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427