KUALA LUMPUR: Syarikat Thong Guan Trading Sdn Bhd memperkenalkan dua minuman segera baharu, Blue Ocean dan Pink Lady, di bawah jenama 888 Tea & Coffee.
Pengenalan produk baharu dalam acara bertemakan ‘The Sweet Wonderland’ itu adalah bersempena meraikan lebih 80 tahun legasi syarikat dalam pembuatan teh dan kopi yang terkenal dalam memenuhi cita rasa rakyat Malaysia menerusi teh hitam yang autentik dan rasa kopi yang ‘kaw’.
Blue Ocean, minuman menyegarkan dengan rasa lemon dan pudina sesuai dijadikan asas untuk ‘mocktail’, manakala Pink Lady yang diinspirasikan oleh Nom Yen (susu merah jambu) dari Thailand, menjadi minuman berkrim yang dibuat daripada buah eksotik, Salak.
Syarikat Thong Guan Trading mendedahkan, kedua-dua minuman itu bakal memberi saingan positif dalam pasaran minuman segera.
“Jenama 888 Tea & Coffee menggabungkan tradisi yang kaya dengan inovasi moden untuk disesuaikan dengan cita rasa rakyat Malaysia yang semakin berubah,” kata Pengarah Eksekutif Syarikat Thong Guan Trading, Alvin Ang ketika memperkenalkan Blue Ocean dan Pink Lady.
Yang turut hadir, Pengurus Bahagian Perdagangan Digital Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Saifuddin Khalid; Pengarah Syarikat Thong Guan Trading, Teh Boon Yen; dan Pengurus Besarnya, Tan Wei Wei.
Sementara itu, Saifuddin berkata, evolusi berani jenama itu serta kedudukan kukuhnya dalam pasaran halal negara wajar dipuji.
“Jenama ini berpotensi untuk berkembang di peringkat global dengan rasa yang unik dan piawaian berkualiti tinggi, selaras dengan nilai pengguna yang peka terhadap halal di seluruh dunia,” katanya.
Dalam pada itu, Pengurus Perkongsian Strategik TikTok Shop Malaysia, Azeera Azlan berkongsi kejayaan 888 Thai Green Tea yang telah mencapai jualan melebihi RM1 juta setakat ini dan menarik lebih 10 juta tontonan video di TikTok.
“Saya yakin produk baharu ini akan meraih impak yang serupa,” kata Azeera.
Selain pelancaran, acara pengenalan minuman segera turut menampilkan sesi mencuba minuman bersama mocktail dan ais krim makaron khas yang dihasilkan dengan Blue Ocean dan Pink Lady, selain permainan interaktif seperti Ring Toss, DIY Phone Straps dan Whack-a-Mole.
Produk baharu 888 Tea & Coffee kini boleh didapati secara eksklusif di TikTokShop menerusi akaun @888teacoffeeofficial.
-BeritaHarian