Biar kerajaan negeri buat keputusan tutup sekolah, kata Kit Siang

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Veteen DAP Lim Kit Siang mengecam tindakan Putrajaya menutup sekolah di seluruh negara dengan mengatakan kerajaan negeri perlu diberi kuasa dalam perkara itu.

Dalam kenyataan, Lim berkata kerajaan perlu cuba untuk memastikan sekolah dan universiti dibuka semasa pandemik Covid-19, bukannya menutup sebagai tindak balas refleks, termasuk sekolah bukan zon merah.

Zon merah Covid-19 adalah kawasan lebih daripada 40 kes aktif.

Lim berkata, kerajaan perlu belajar daripada pengalaman selepas 10 bulan berdepan wabak itu dan mengambil langkah fleksibel dalam meletakkan reaksi yang berpatutan.

“Salah 1 pengajaran yang dapat dipelajari daripada wabak ini adalah, tidak ada solusi yang bersesuaian untuk semua kombinasi keadaan, memandangkan penutupan sekolah ini bukan sahaja memberikan impak yang buruk kepada pelajar, guru, dan keluarga, tetapi mempunyai kesan ekonomi dan sosial yang meluas,” kata ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.

Beliau mempersoalkan alasan Menteri Pendidikan Radzi Jidin untuk menutup semua sekolah sebagai mencegah penyebaran Covid-19, dengan mengatakan “tidak cukup meyakinkan” dan rakyat perlu belajar dan berubah untuk hidup bersama dengan wabak itu.

Lim berkata, oleh kerana “hampir mustahil” untuk sekolah dan universiti ditutup sehingga vaksin ditemui, ia patut dibuka semula dengan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat seperti saiz kelas lebih kecil atau kelas diadakan 2 minggu sekali.

“Keputusan penutupan sekolah dan universiti patut diturunkan, sebagai contoh, dengan memberikan kuasa kepada setiap kerajaan negeri untuk membuat keputusan mengenai perkara ini dan bukannya dengan melalui suatu agensi kebangsaan.

“Pertubuhan bukan kerajaan pendidikan dan kumpulan ibu bapa patut dilibatkan dalam proses untuk memastikan sekolah dan universiti dapat terus dibuka dalam tempoh wabak Covid-19,” katanya, sambil menambah penutupan sekolah bukan keputusan boleh dibuat dengan sewenang-wenangnya.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan semua sekolah dan kolej vokasional ditutup dari 9 November hingga akhir tahun susulan lonjakan kes Covid-19. -FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373