Barat AS bersedia hadapi cuaca panas melampau cecah 49 darjah Celsius

Estimate Reading Time: < 1 minute

PHOENIX: Pantai Barat Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia untuk menghadapi cuaca panas melampau dengan suhu dijangka melambung setinggi 49 darjah Celsius).

Bandar padang pasir, Phoenix, berkemungkinan melanjutkan rekod mencatatkan suhu sekitar 38 darjah Celsius berturut-turut melebihi 100 hari, lapor kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS pada Selasa.

Barat daya AS turut menjangkakan beberapa hari mendatang akan mencatatkan kepanasan luar biasa bermula pada Selasa.

Sehubungan itu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran bahawa gelandangan, warga emas, kanak-kanak dan mereka yang menderita masalah kesihatan berisiko tinggi terkesan kerana penyakit berkait cuaca panas.

Ahli meteorologi dengan Pusat Ramalan Cuaca AS, Rich Bann, berkata bahang panas terburuk mungkinan hilang menjelang hujung minggu.

“Namun, pada masa yang sama, sebahagian besar California boleh dilanda suhu panas, walaupun berada di pantai Pasifik yang biasanya disejukkan oleh bayu laut.

“Washington dan Oregon juga berada dalam barisan untuk ‘dibakar bahang panas’, dengan jangkaan beberapa hari akan mencatatkan suhu tinggi melampaui 50 darjah Celsius,” katanya.

Tambah beliau, permatang tekanan tinggi sedang terbentuk, menyebabkan kawasan awan, angin sejuk, hujan atau ribut petir yang mungkin mengimbangi sinaran suria yang terik.

“Apabila anda melihat padang pasir di barat daya, yang sememamngnya kawasan gersang, semua sinar cahaya matahari tidak langsung akan memanaskan tanah.

“Di Arizona, Phoenix pada Selasa mencatatkan hari ke-100 berturut-turut di mana suhu berada pada atau melebihi 38 darjah Celsius dan cuaca panas melampau ini dijangka berterusan,” kata perkhidmatan cuaca di X.

Rekod sebelumnya ialah 76 hari berturut-turut pada 1993, kata perkhidmatan cuaca.
-REUTERS
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427