Bantu polis kesan lima individu saksi kes bunuh

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kajang: Polis mengesan lima individu yang menjadi saksi penting bagi perbicaraan kes bunuh seorang lelaki warga Pakistan di Mahkamah Tinggi Jenayah 1, Shah Alam, pada penghujung Mei hingga Jun ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, individu itu ialah Teenah Pretae, 50; Nur Shah Azlai Fatihah Mohamad Zaki, 15; dan Nur Shah Azlaila Wati Mohamad Zaki, 13; dengan alamat terakhir mereka adalah No 5-1B, Jalan Desa Serdang 1, Taman Desa Serdang, 43200 Seri Kembangan, Selangor.

“Dua lagi individu yang dikesan adalah Muhammad Zulfaqar Kamarozzaman, 33, dan Mariam Dateh, 67, yang beralamat terakhir di No 14, Jalan Kelah 1, Taman Perniagaan Kelah, 44300 Batang Kali, Selangor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, pada 28 Mac 2019, pihaknya menerima maklumat daripada Hospital Kajang berkaitan seorang pesakit warga Pakistan yang parah akibat dipukul dan pesakit itu meninggal dunia ketika rawatan.

“Kami berjaya menahan suspek yang terbabit dan dituduh di mahkamah. Susulan itu, kami memerlukan orang ramai membantu mengesan individu berkenaan (saksi) atau mereka sendiri tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, perbicaraan kes itu yang dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Jenayah 1, Shah Alam, pada 25 dan 27 Mei ini serta 3 Jun nanti.

Kataya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu terbabit atau penama berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Ismail Ahmad di talian 019-2306107.-METRO

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427