Bantu kami – Dr Noor Hisham

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: “Petugas barisan hadapan sudah penat. Tapi kami masih gagahi demi menyelamatkan nyawa anda. Bantulah kami untuk bantu anda dan keluarga.”

Itu rayuan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya awal pagi ini ketika jumlah kes aktif di negara ini merekodkan 78,017 kes setakat semalam.

Sehingga semalam juga, jumlah pesakit yang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) mencecah 846 kes dengan 419 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Negara terus merekodkan peningkatan kes baharu sebanyak 6,9993 kes termasuk enam kes import semalam kini merekodkan 2,729 kematian sejak pandemik dikesan di negara ini awal tahun lalu dengan 79 kematian dilaporkan semalam.

Jumlah kes tertinggi direkodkan kelmarin dengan 9,020 kes.

Menerusi hantaran sebelum ini, Dr Noor Hisham mahu semua pihak untuk sama-sama berperanan dalam mendepani krisis COVID-19.

Tegasnya, penularan COVID-19 di negara ini semakin meruncing dan tidak mustahil jumlah kes akan terus meningkat sehingga menyebabkan katil di ICU, hospital COVID-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 semakin berkurangan dan tidak mencukupi.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427