Banjir Terengganu makin buruk, 12,559 mangsa direkodkan

Estimate Reading Time: 2 minutes

CHUKAI: Banjir di Terengganu semakin buruk apabila seramai 12,259 mangsa daripada 3,153 ditempatkan di 49 pusat pemindahan sementara sehingga jam 12 tengah malam tadi.

Angka itu jauh berbeza berbanding hanya 9,322 mangsa daripada 2,316 keluarga ditempatkan di 46 pusat pemindahan di empat daerah petang semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, berkata Kemaman terus merekodkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 10,734 keluarga daripada 2,640 mangsa dipindahkan ke 28 pusat pemindahan.

“Jumlah mangsa banjir di Dungun juga bertambah kepada 1,565 orang membabitkan 450 keluarga di 16 pusat pemindahan berbanding sebelumnya iaitu 1,201 mangsa daripada 347 keluarga berada di 14 pusat pemindahan.

“Sebanyak empat pusat pemindahan dibuka di Hulu Terengganu bagi menempatkan 51 keluarga membabitkan 207 mangsa manakala, di Besut, 53 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di satu pusat pemindahan,” katanya.

Keadaan banjir di kawasan bandar Chukai. – NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

Keadaan banjir di kawasan bandar Chukai. – NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

Sebuah keluarga meredah banjir untuk ke tempat yang lebih selamat selepas rumah mereka dinaiki air ketika tinjauan di bandar Chukai semalam. – Foto BERNAMA

Keadaan banjir di kawasan bandar Chukai. – NSTP/Zatul Iffah Zolkiply

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427