KUCHING: Seramai 49 mangsa banjir masih lagi berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Baru Kampung Rimba Padi di Serian, satu-satunya PPS yang masih beroperasi di Sarawak hari ini.
Laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menyatakan mangsa adalah daripada 18 keluarga yang telah dipindahkan ke situ sejak beberapa bahagian kampung berkenaan dinaiki air bermula Ahad lepas.
Walaupun kawasan terbabit semakin pulih namun paras air yang masih belum surut tidak membolehkan penduduk yang terjejas untuk kembali ke kediaman mereka.
Namun begitu Ketua Cawangan Sekretariat JPBN Sarawak, Angkatan Pertahanan Malaysia, Ismail Mahedin memberitahu Bernama kemungkinan besar penduduk dapat kembali ke kediaman mereka hari ini.
“Insya-Allah, pasukan APM (Angkatan Pertahanan Awam) sedang melakukan pemantauan keadaan semasa,” katanya ketika dihubungi.
-BH