KUALA LUMPUR: Bajet 2023 akan tetap dibentangkan Jumaat ini, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di sebalik khabar angin kononnya Parlimen akan dibubarkan sebelum hari pembentangan itu.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat setakat jam 10.30 malam tadi, bajet akan dibentangkan pada hari yang ditetapkan sebelum ini iaitu Jumaat.
“Bajet sudah tentu akan dibentangkan. Itu yang saya difahamkan setakat jam 10.30 malam tadi sebab kita ada ‘pre council’ dan saya orang terakhir berada dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).
“Saya diberitahu bajet akan dibentang pada 7 Oktober ini dan kalau ada perubahan selepas itu, saya tidak tahu,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Wan Junaidi juga berkata jika Parlimen dibubarkan sebelum Bajet 2023 diluluskan, pentadbiran baharu selepas PRU15 masih boleh menggunakan teks lama atau boleh dipinda.
Berita lanjut menyusul
-BH