ASEAN perlu perkasa kerjasama dengan rakan dialog – PM

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: ASEAN perlu memperkasa dan memperluaskan kerjasama dengan rakan dialog seperti China, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha meningkatkan lagi bidang teknologi digital serta komunikasi maklumat (ICT) serantau.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengukuhan kerjasama itu membolehkan ASEAN menarik pelaburan baharu dalam bidang berkaitan.

“Sebagai komuniti dan sebuah rantau, ASEAN kini menjadi lebih penting. Sejak berdekad lalu, rakyat Asia Tenggara berdagang dan bekerjasama dengan China dan Jepun serta AS.

“Negara berkenaan adalah ekonomi terbesar dunia dan paling maju di era digital ini. Mungkin ada perbezaan serta ketegangan antara AS dan China, tetapi kita senang bekerjasama dengan mereka.

“Dengan berbuat demikian, kita akan mendapat keuntungan dari setiap negara ini. Walaupun kita berharap mereka dapat bekerjasama dengan lebih baik, kita juga harus memperluaskan kerjasama dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Pembukaan Mesyuarat Menteri Digital ASEAN pertama (ADGMIN1) dan Mesyuarat Berkaitan secara maya di sini, hari ini.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427