aron-Wooi Yik bangkit untuk kejutkan pasangan kelima dunia

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR- Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mendapat tonik terbaik menjelang Sukan SEA Filipina 2019 apabila menyingkirkan beregu ranking kelima dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto untuk melangkah ke suku akhir Terbuka China di Fuzhou, hari ini.

Gandingan negara itu menampilkan prestasi cemerlang selepas bangkit daripada kekalahan set pertama 13-21 untuk menewaskan gandingan Indonesia itu 21-18, 21-16 pada dua set berikutnya pada saingan pusingan kedua.

Biarpun menduduki ranking ke-14 dunia, kemenangan 49 minit itu sudah pasti menyuntik semangat Aaron Chia-Wooi Yik untuk memburu pingat emas pada Sukan SEA 2019 di Manila memandangkan gandingan Indonesia dijangka menjadi pencabar utama dalam acara beregu lelaki.

Dalam saingan suku akhir esok, beregu negara itu dijangka menghadapi laluan sukar apabila menentang satu lagi beregu Indonesia, yang juga pasangan nombor dua dunia, Mohamad Ahsan-Hendera Setiawan.

Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamie akan mengiringi beregu profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying ke saingan suku akhir selepas masing-masing mengecapi kemenangan straight set.

Dalam pada itu, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri akibat deman ketika ketinggalan 3-11 pada set kedua kepada pemain nombor satu dunia, Kento Momota dari Jepun.

Zii Jia tewas 9-21 pada set pertama.

KEPUTUSAN PEMAIN MALAYSIA DALAM PUSINGAN KEDUA

————————————————-

(Nota: Pemain Pilihan Dalam Kurungan [ ]. Pemain Malaysia kecuali dinyatakan)

Perseorangan Lelaki:

[1] Kento Momota (JPN) mn Lee Zii Jia 21-9, 11-3 (Bersara)

Beregu Lelaki:

[4] Takeshi Kamura-Keigo Sonoda (JPN) mn Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 22-20, 21-18

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mn [5] Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (INA) 13-21, 21-18, 21-16

Perseorangan Wanita:

Michelle Lee (CAN) mn Soniia Cheah 21-14, 21-10

Beregu Wanita:

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mn Ekaterina Bolotova-Alina Davletova (RUS) 21-17, 21-12

Beregu Campuran:

[6] Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mn Robin Tabeling-Selena Piek (NED) 21-18, 21-13

Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mn Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari (INA) 23-21, 21-13

[3] Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA) mn Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 21-12, 21-17

– BERNAMA

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427