PETALING JAYA: Nasib 153 calon simpanan guru kini boleh diibaratkan seperti telur di hujung tanduk apabila tarikh luput sebagai calon simpanan akan tamat pada 25 Dis ini.
Mereka adalah antara 800 calon yang lulus cemerlang dalam sesi temu duga pada Sept hingga Okt 2019, namun belum mendapat tempat di bawah Kementerian Pendidikan.
Seramai 647 calon simpanan sudah dilantik pada Sept dan Okt lepas, manakala baki 153 belum mendapat panggilan untuk diserap ke dalam perkhidmatan.
Status calon simpanan mempunyai tempoh sah selama setahun bermula dari tarikh keputusan temu duga dikeluarkan.
Ia antara perkara pokok yang menjadi kebimbangan graduan pendidikan sekiranya mereka perlu ditemu duga semula selepas tempoh sah berkenaan tamat.
Sehubungan itu, alon simpanan terbabit mahu Kementerian Pendidikan mengambil tindakan proaktif dalam menangani nasib dan masa depan mereka, lebih-lebih lagi ada antara mereka masih mengganggur selepas tamat pengajian pada 2018.
Ia antara perkara pokok yang menjadi kebimbangan graduan pendidikan sekiranya mereka perlu ditemu duga semula selepas tempoh sah berkenaan tamat.
Sehubungan itu, alon simpanan terbabit mahu Kementerian Pendidikan mengambil tindakan proaktif dalam menangani nasib dan masa depan mereka, lebih-lebih lagi ada antara mereka masih mengganggur selepas tamat pengajian pada 2018.
“Saya mewakili suara rakan-rakan lain amat berharap kerajaan dan juga kementerian dapat menukar status calon simpanan kami dengan membuat lantikan secepat mungkin atau paling tidak, melanjutkan tarikh sah laku status simpanan yang tamat 25 Dis ini,” kata graduan Ijazah Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Khairul Anwar Omar kepada FMT.
Graduan berusia 26 tahun berasal dari Pulau Pinang ini turut mengakui ijazah pendidikan yang digenggamnya menyukarkan beliau mendapat kerja dalam bidang profesional lain.
Beliau kini bergelar “budak penghantar” untuk meneruskan kelangsungan hidup, lebih-lebih lagi kerana terpaksa bersaing dengan mereka yang diberhentikan kerja ekoran pandemik Covid-19.
Menerima nasib sama, graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang tamat pengajian pada 2019, Siti Fatimah Rusli, 27, meluahkan kebimbangannya jika tempoh sah calon simpanan tamat, beliau bersama-sama rakan lain terpaksa menempuh sesi temu duga sekali lagi.
“Lebih merisaukan, jika saya ikuti temu duga akan datang dan keputusan tidak berpihak kepada saya (gagal) menyebabkan saya terpaksa mengganggur lebih lama,” katanya yang masih tidak bekerja walaupun sudah menghadiri berpuluh temu duga di sekitar negeri kelahirannya, Kelantan.
Sementara itu, Mohd Azrinsyah Abd Aziz yang merupakan calon berjaya pada sesi temuduga 2018 berkata, tiada kawalan pengambilan di universiti awam dan tiada jaminan setelah tamat pengajian didakwa menjadi punca utama lambakan graduan pendidikan.
“Lambakan juga didorong oleh pengambilan guru interim atau guru sandaran dalam kalangan graduan bukan pendidikan.
“ Peluang untuk menjadi guru interim sepatutnya diberikan kepada graduan pendidikan sebelum mereka dilantik ke jawatan tetap,” katanya yang kini bertugas di sebuah sekolah kerajaan di pedalaman Sabah sejak Okt 2018.
Beliau juga berpendapat, pandemik Covid-19 sedikit sebanyak mengganggu proses lantikan guru baru untuk mengisi kekosongan sedia ada.
Katanya, kementerian perlu mengambil pendekatan berbeza berdasarkan situasi semasa ketika sektor pendidikan memfokuskan kaedah pembelajaran dalam talian sebagai medium perantara antara guru dan murid.
“Saya yakin, setiap sekolah di Malaysia mempunyai isu kekurangan guru, bukan sahaja kerana kekosongan sedia ada, namun juga susulan guru berpindah, pencen, berhenti dan meninggal dunia.
“Kekosongan seperti ini perlulah diisi dengan segera memandangkan pengajaran secara dalam talian lebih mencabar dan memerlukan lebih ramai guru muda untuk mempelopori kaedah yang masih asing dalam sektor pendidikan kita,” katanya.
Berdasarkan data 2019, hampir 10, 000 orang graduan pendidikan universiti awam masih gagal mendapat tempat di mana-mana institusi pendidikan.-FMT