Annuar dakwa pemecatannya perlu dibuat menerusi mesyuarat BN

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Annuar Musa memaklumkan beliau mengetahui dipecat sebagai setiausaha agung Barisan Nasional (BN) melalui media.

Katanya, mengikut undang-undang parti pemecatannya perlu dibuat menerusi mesyuarat BN.

“Pecat dan dilantik (sebagai setiausaha agung BN) tidak boleh dibuat presiden Umno dalam mesyuarat ketua bahagian Umno, ia perlu dibuat pengerusi BN dalam mesyuarat BN bersama rakan parti lain.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya menerima keputusan presiden, pengerusi BN memecat saya dan saya telah maklum kepada beliau jam 1.51 tengah hari semalam untuk saya ucap terima kasih,” katanya.

-FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427