Anna nafi, Meerqeen enggan komen hubungan berdepan konflik

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Anna Jobling menafikan desas-desus mendakwa hubungannya bersama hero gandingannya dalam drama Melur Untuk Firdaus, Meerqeen sudah tidak akrab seperti sebelum ini.

Anna ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 di Istana Budaya berkata, hubungannya dengan Meerqeen masih baik.

“Sebenarnya, tidak wujud konflik antara kami. Semuanya biasa sahaja.

“Seperti di ABPBH 35 ini, kami raikan peminat bersama,” kata Anna yang juga penerima trofi BBNU Wanita Popular, Aktres TV Popular dan Couple TV Popular pada ABPBH 35.

Sementara itu, Meerqeen dilihat lebih selesa tidak mengulas mengenai isu yang mengaitkan hubungannya bersama Anna.

“Kalau boleh, saya tidak mahu komen mengenai perkara ini,” kata Meerqeen yang menerima trofi Aktor TV Popular dan Couple TV Popular, ABPBH 35.

Anna dan Meerqeen mula akrab ketika menjalani penggambaran drama Melur Untuk Firdaus musim pertama sehingga ada peminat mendakwa mereka menjalinkan hubungan cinta.

Terdahulu, pasangan itu turut meraih trofi Pasangan Drama Terbaik pada Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) 2023 menerusi lakonan dalam drama sama.

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427