Amaran ribut petir, hujan lebat di 12 negeri

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 11 Nov 2022 (The Capital Post): Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir yang dijangka berlaku melebihi sejam.

Kenyataan itu menjelaskan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Di Perak, amaran dikeluarkan membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim.

Di Pahang membabitkan Cameron Highlands, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

Sarawak pula membabitkan daerah Kuching, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song dan Kapit) dan Limbang. Keadaan sama akan dialami di pedalaman Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran di Sabah.

Selain itu, ribut petir, hujan lebat, angin kencang dijangka berlaku di Bandar Baharu di Kedah, selain Johor yang membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.

-BH

(The Capital Post)

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427