Amaran ribut petir, hujan kebanyakan negeri Semenanjung hingga Khamis

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Ribut petir dan hujan diramal melanda di beberapa kawasan di kebanyakan negeri di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak bermula hari ini hingga Khamis.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan, hari ini memaklumkan ribut petir diramal di beberapa tempat di kawasan pantai Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, pagi ini.

NADMA berkata, ribut petir turut diramal di satu dua tempat di Perlis, pedalaman Pantai Barat Sabah dan Labuan, pagi ini.

Pada petang ini, katanya, ribut petir juga dijangka berlaku di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor.

Selain ribut petir di beberapa tempat di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang selain pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat di Sabah serta Labuan.

“Ramalan sama turut membabitkan hujan yang berlaku di kebanyakan tempat di pedalaman Perak dan satu dua tempat di Tawau,” katanya.

Pada sebelah malam pula, NADMA memaklumkan ribut petir diramalkan melanda satu dua tempat di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, pedalaman Tawau dan Sandakan.

Hujan juga dijangka berlaku di satu dua tempat di Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Miri, Limbang dan Labuan.

Pagi esok, NADMA melaporkan ribut petir di beberapa tempat di kawasan pantai Kedah dan Pulau Pinang, selain ribut petir di satu dua tempat Perlis, Perak dan Johor.

Hujan juga diramal di satu dua tempat di kawasan pantai Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka selain di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, pedalaman Pantai Barat Sabah, Tawau, Sandakan, Kudat dan Labuan.

“Pada sebelah petang, ribut petir diramal di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

“Ribut petir turut diramal pada sebelah petang di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, Sarawak serta pedalaman, pantai barat Sabah, Kudat dan Labuan,” katanya.

Untuk sebelah malam esok, ribut petir dijangka di satu dua tempat di Kelantan, Terengganu dan Pahang dan hujan di satu dua tempat di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor serta beberapa tempt di Sabah dan Sarawak.

Pada sebelah pagi Khamis ini pula, NADMA memaklumkan ribut petir diramal di beberapa kawasan pantai di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor selain satu dua tempat di Perlis dan Perak.

Hujan juga diramal berlaku di satu dua tempat di Melaka, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah di Sarawak selain pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat di Sabah.

“Pada sebelah petang, ribut petir dijangka satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Terengganu, Selangor dan Johor manakala di Sarawak, satu dua tempat di Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Di Sabah ribut petir di satu dua tempat di pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat serta hujan satu dua tempat di Tawau,” katanya.

Untuk sebelah malam Khamis, ribut petir dijangka di satu dua tempat di Kelantan, Terengganu dan Pahang, selain hujan di satu dua tempat di Kedah dan Perak.

Selain itu, hujan juga dijangka berlaku di satu dia tempat di Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak serta Tawau dan Sandakan di Sabah.– Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427