Amaran hujan lebat, ribut petir di seluruh negara hingga Ahad

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di seluruh negara, mulai hari ini hingga Ahad.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan,

ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Timur, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Sabah Timur sehingga jam 1 tengah hari ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil,” menurut kenyataan MetMalaysia.

Ribut petir dan hujan lebat juga dijangka berlaku pada sebelah petang di beberapa tempat di ibu negara, satu dua tempat di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan pedalaman Perlis serta Kelantan.

Ribut petir juga diramalkan di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah, manakala hujan dijangka di kebanyakan tempat di Perak.

Pada waktu malam nanti, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Kedah, Pulau Pinang, Pahang serta Sabah (Pedalaman dan Labuan).

Selain itu, hujan diramal di kebanyakan tempat di Perak, satu dua tempat di Selangor, ibu kota, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, Sarawak (Kapit, Bintulu dan Miri) serta Sabah (Pantai Barat).

Hujan dan ribut petir juga diramalkan di kebanyakan tempat di seluruh negara pada Sabtu dan Ahad.

Untuk maklumat lanjut mengenai keadaan cuaca, boleh layari laman sesawang MetMalaysia di https://www.met.gov.my. – Berita Harian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427